Wednesday, March 18, 2026

Pergi interview

Hari isnin 16mac2026, gua gi interview untuk jawatan yang sama. Pukul 1pm. Tapi gua gi awal,so setel awal. 

So kawan2 gua yang senasib pun dapat interview hari yang sama. Tengah hari, panas pulak, tekak kering puasa2 ni.

Malas nak cite banyak, kejap lagi nak gerak balik kampung. Minggu ni dah nak raya. Doa2kan supaya dapat kerja semula. Takde mood nak raya tahun ni. Rasa nak tido je.pui.

Sunday, February 8, 2026

Duduk rumah lepas takde kerja

Lepas gua xdapat tawaran kerja, gua duk rumah je. Nak buat camne, gitulah hidup sekarang ni. Dah tua tak dapat tawaran kerja, bila cari kerja yang  biasa2, katanya umur dah terlebih, maklumla gua dah tua. 

Bila ada peluang kerja, kerja yang ada buat kerja berat, kena angkat kotak besar2 yang berat. Kaki gua ni dah ada masalah, pasal gua pernah accident dulu. So effect kaki bermasalah tu sampai la ke sudah. Jadinya memang tak boleh gua nak kerja yang berat2. 

Gua memang kene memilih kalau pasal kerja ni. Nak buat camne, itulah dia bile dah tua, dan ada masalah sakit kaki. Tapi perkeso ada buat bantuan, untuk orang yang macam gua ni, orang yang tak dapat sambung kontrak. so gua masuk sini. https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login

So permohonan pun dah lulus, ada la dapat duit bulanan sampai 6 bulan. Sementara gua nak tunggu apply semula tempat yang gua kerja dulu. Sapa yang baca blog gua ni, doa2 la gua dapat kerja semula seperti biasa. Susah kalau dah tua, ada bebanan macam2 perlu bayar. Tapi tibe2 xde kerja.

So dalam gambar bawah ni, gua ada beli kerusi memancing tu, dalam 30lebih je  kat shopee. Orang kata kerusi healing, puii. Geli gua dengar siak. Bolehla gua lepak depan tv tengok cite ape patut. Sambil online laptop mana tau boleh cari kerja ke ape kan. Sambil2 tengok tiktok(tibe). Cam kejadah jugak gambar ni, cam orang xde pedoman, nampak sepah. Guahahahhaha.

Ni pun dah nak puasa. Nak balik kampung dalam 2 minggu la kot, itu plannye. Lepas tu gua balik sini semula camtu. Takleh duk kampung lama2 jugak, gua rasa serabut(pasal tak keje), gua nak duk rilex tanpa gangguan. 

Oklah tu je coretan untuk kali ini.

Wednesday, December 31, 2025

Lepak kampung seminggu

Lepas xdapat sambung keje. Gua lepak kampung seminggu. Sampai la masuk tahun 2026. Nak riled kejap. Cari keje yang biasa2 sume xsesuai.

Gua ni dulu eksiden, mmg ada masalah kaki. Jadinya mmg tak boleh buat keje berat. Contoh angkat kotak, angkat perabut dan seangkatan dengannya.

So sekarang ni tunggu n cari jela. Mana tau dapat kat mana2. Sementara menanti keja yang ditunggu tu.

Tu je nak bebel. Pui. Sedikit gambar di kampung. Tgk movie dulu. Hahahahaha.

Sunday, December 21, 2025

Habis kontrak


19 Dis 2025.  Habis dah kontrak keje gua ni. Bila masuk company baru, gua tak dapat offer baru. Jadi gua xde kerja dah. Start keje dalam bidang ni dalam 2007 - 2025.18 tahun.

Memang serabut kepala otak ni. Katanya akan bukak kontrak baru dalam 6 bulan lagi. Harap2 ada rezeki lagi.

Yang paling best gua dengar katanya gua reject offer company baru. Padahal gua xdapat apa2 kol, emel, wassup pun. Kalau betul ada yang buat cite gua reject offer harap2 orang tu dapat balasan nanti. Jangan nak buat cerita camni le. 

Okle ni gambar pagi last day gua keje, yang dah jadi anime. Nampak macho pulak. Hahah.

Saturday, September 20, 2025

Jual PS5

Disebabkan dah kurang sangat main ps5, gua pun nak jual. Yang beli pun anak buah sendiri. Budak dah beso gitule. Nak rasa main ps5 pulak.

Gua jual RM1300. Xde untung mana pun. Yang penting jangan harga rendah sangat sudah. Hahah. Maka dengan penjualan ps5 ini. Gua skang main game kat pc je. Kadang main kat switch pun ada jugak.

Okla minggu depan anak buah datang nak ambik ps5 ni. Babai ps5, ingat ku dalam doa mu. Ahhahahah. Tibe.

Saturday, August 23, 2025

Beli Y15

Dah lama tak update blog. Moto lc gua dah meragam. Terpaksa jual walaupun banyak kenangan. Terus beli moto lain. Beli y15 2nd hand. Tahun 2024. 

Harga on the road dapat RM8100. Okla tu. Harap tahan lama moto ni. Antara motor kegemaran jugak. Gembira bila dapat beli.

Terima kasih Allah, dapat juga beli moto kegemaran.

Oh yes!


Wednesday, February 14, 2024

Saja update blog

Saja update blog. Lama tak update. Cam biasa menjalani liku liku kehidupan. Haha

Saja letak gambar meja ofis. Mmg bersepah seperti biasa. Dalam otak banyak je idea nak taip itu ini. Tapi kemalasan menimpa. Tu yang tak update2. Hahha.