Monday, October 12, 2026

Beli kipas. Buat video minggu bahasa

Gua ada beli kipas letak kat ofis. Harga sebenar hampir rm60 disebabkan 10/10 shopee gua dapat dalam rm37 camtu sahaja. Senyap ada bateri 4000mah. Sejuk yang pasti. Ada rgb sikit hahah.

Sempena bulan bahasa nama gua naik tak pasal, kena buat video pasal bahasa melayu. Gua dah malas nak terlibat tapi tule dia dipaksa. Buat video ni kena ada idea, kreativiti apa semua. Malas nak buat pasal nak kena ambik masa seharian jugak. Idea, nak edit video, cari bahan dan sebagainya. Gua start buat time cuti ahad. Dalam 1.30pm sampai le 6.30pm. Penat tuh.

Apa2 pun berjaya siapkan. Itu saja bebelan harini. Terimalah kipas baru. KIPAS BARU RGB SENYAP!!!!guahahahahahahah!!!!

Uploaded Image



Thursday, August 20, 2026

Bulan kemerdekaan

Selama ni gua biasa2 je sambut merdeka, bila tempat baru ofis ni, lain macam sambutan, dah macam sambutan raya.

Macam2 persiapan kena buat, tapi gua yang tua lagi hina ni, tak kreatif mana pun. Lebih kepada orang lain punya idea, nak hias apa semua.

Gua dengan kaki yang sakit ni pun beria buat itu ini jugak. Pasal yang lain bersemangat nak buat, gua pun auto bersemangat nak buat bersama sama. Yang pastinya lepas tu sakit pinggang,sakit lutut dan sebagainya.

Uploaded Image
Uploaded Image
 
So ini gua ada gambar team dengan apa benda yang gua buat beria bersemangat tu. Mmg penat le, siap balik lewat pulak. 

Gambar team tu gua yang duk mengangkang berbaju melayu biru tu. Beria je lebih. Tapi xde ape pun yang nak dibanggakan. Guahahah.

Apa2 pun selamat hari kemerdekaan yang ke 69. Merdeka ke?..tibe..

Tuesday, August 4, 2026

Dah dapat keje dan keje, dan....

Alhamdullilah, akhirnya gua dah dapat keje, sebenarnya sebelum tu, gua ada gi 2 atau 3 interview sebelum, gua tak update pasal lepas interview 8 jun tu, gua balik, malam tu gua demam seminggu terus, tak sihat. memang terbaring je kat rumah cam orang tidak berguna.

Lepas tu boleh pulak kaki kena gout, hampir seminggu jugak, so dalam 2minggu gua mmg dalam keadaan kesakitan. Nak buat camne, tu sume kuasa tuhan. 

Tapi nak cite, 30 julai 2026 gua gi interview, petang tu terus gua dapat email, berjaya dapat keje. mmg terkejut juga, gua yg tua hina ni dapat keje semula. memang bersyukur dah dapat keje. cuma gaji mmg betul2 berbeza dari sebelum ni. Gua dapat keje mystep di putrajaya. Pada yang tau tu, tau la bape je untuk gaji mystep ni. So skang 3ogos2026 isnin gua dah start keje.

ChatGPT Image Aug 4, 2026, 01_18_54 PM.png

So ini tempat gua dapat, selama keje 1st time gua ada tempat khas sendiri camni. Siap dapat laptop lagi. Spec laptop mmg high performance punya, konfem boleh main game high setting, dgn i9 32gb 2tb, 4090. Gila punya tinggi spec. 

Ni tadi baru je staff sini dapat tukar lagi pc baru. Memang terbaik le spec pc tinggi2, takde komplen pasal slow pc n laptop.

Lokasi gua keje ni di Putrajaya, so boleh tahan jugak perjalanan kalau naik kete, dalam 30/40 minit. gi keje naik kete xde masalah sangat, cepat je sampai. Billa balik keje tu yg penat, jem sampai ke sudah.hahahha

Plan gua mmg nak bawak kete dulu, nak kenal jalan pergi dan balik, kalau dah ok, nak bawak motor je, tu le plannye. Tapi tgkle camne, bawak kete ni bestnya mmg rasa rilex, ada aircond, dengar lagu. Tapi tak bestnye adalah jem. Naik motor ni bestnye cepat sana sini jimat minyak, tak perlu tol. Tapi panas hujan tu yg tak best. 

Apa2 pun mmg bersyukur sangat, dapat kerja semula, mystep pun okla, dari langsung nganga kat rumah, rasa cam tak berguna. 7bulan menganga, dari jan ke julai. tak ke gile tu. interview sana sini, sampai demam. dapat nye tidak.

skang ni gua gi makan pun sorang je, staff sini pun ramai perempuan. so untuk skang ni sumenye sorang, gua dah tak kisah dah nak sorang ke ape. lantak, yg penting rehat gua kenyang leh makan kat cafe. mudah sume ada kat sini, xyah keluar.

ni update pun time rehat kat ofis. sementara rilex2. guahhahahahhhahahahahha!!! ok bye!

Monday, June 8, 2026

Temuduga lagi..

Gi temuduga..8jun2026..ofis tu kawasan kg baru.tempat dah lama gua tak gi. Dulu hari2 lalu.pasal keje area situ. Bila pergi semula area situ. Tibe teringat zaman keje area situ dulu.

Interview pukul 12pm.gua sampai dalam 11.15am. Konon nak cepat. Sekali kene tunggu lama jugak. Bila dah interview. Ambik masa dalam 15minit.

Kalini gua bawak moto je,memandangkan tempat ni susah cari parking utk kete.satu lagi area sini boleh kata gua agak biasa jugak. So xserabut sangat.

Gambo ni gua duk kat kerusi tunggu nak interview. Boleh nampak helmet arc putih n beg hitam kat situ.

Interview sana sini,,keje bile entah nak dapat.aiseh.

Uploaded Image

Saturday, June 6, 2026

Raya haji dan temuduga lagi

Raya haji..gua balik rumah akak gua je..sume family pun gi sana..akak gua buat nasi ayam dgn laksa..ni le gambarnya..xde ape nak cite sangat. Bile xbekerja camni xde ape nak gembira.xde best langsung rasa hidup ni. Bosan duit tak masuk.nak beli barang kat shopee pun susah.pui.

Dan khamis 4jun2026..gua ada interview lagi tapi kalini online je guna teams. Patut start 2.45pm. Tapi time gua masuk room tu dlm 2.20pm camtu. Terus dia buat interview. Dalam 15minit camtu. Setel dah.

Jadi tu je nak update. Hidup spt org tak berguna. Masih lagi hati terluka. Harap2 dapatla keje. Doa2 kan la ye. Sesape yang membaca ni. Terima kasih.


Uploaded Image

Wednesday, May 20, 2026

Temuduga lagi..

Rabu 20mei2026 Shah Alam, gua gi lagi interview. Tempat ni besa. Staff boleh tahan ramai. 

Interview dah set 12pm, tapi gua datang awal, so leh setel awal la.
 
Jawatan it first time company ni wujudkan. Harap ada harapan di situ. Yang datang pun gua sorang je.

Habis interview, terus gerak balik, xde rasa nak pusing2. pasal xde mood langsung. So cam biasa, gerak balik, singgah kedai makan, bungkus makanan. Balik rumah, sambung main game..tibe.

Ada gambar sikit. Tempat taknak bagitau. Tapi company ni ada dewan orang kawin.

Uploaded Image

Tuesday, May 12, 2026

Temuduga lagi

12may2026, 9.30am. Dapat panggilan temuduga utk mystep pulak di kpdn. Berpuluh2 kali apply barulah dapat panggilan interview. Di putrajaya. Cam biasa parking kete susah nak dapat. Last2 dapat cari jugak.

Hampir 20 orang hadir utk interview. Sume muda, gua je sorang tua hanat. Cam biasa tunggu jela apa keputusannya.

Cam biasa habis interview, balik rumah singgah kedai,bungkus makanan. Lepak rumah, main game. So ini ada gambar tgh menunggu nak masuk interview. 4 orang sekali masuk untuk interview. Penat buat benda sama dah ni,bila nak dapat kerja.aiya


Uploaded Image