Thursday, August 20, 2026

Bulan kemerdekaan

Selama ni gua biasa2 je sambut merdeka, bila tempat baru ofis ni, lain macam sambutan, dah macam sambutan raya.

Macam2 persiapan kena buat, tapi gua yang tua lagi hina ni, tak kreatif mana pun. Lebih kepada orang lain punya idea, nak hias apa semua.

Gua dengan kaki yang sakit ni pun beria buat itu ini jugak. Pasal yang lain bersemangat nak buat, gua pun auto bersemangat nak buat bersama sama. Yang pastinya lepas tu sakit pinggang,sakit lutut dan sebagainya.

Uploaded Image
Uploaded Image
 
So ini gua ada gambar team dengan apa benda yang gua buat beria bersemangat tu. Mmg penat le, siap balik lewat pulak. 

Gambar team tu gua yang duk mengangkang berbaju melayu biru tu. Beria je lebih. Tapi xde ape pun yang nak dibanggakan. Guahahah.

Apa2 pun selamat hari kemerdekaan yang ke 69. Merdeka ke?..tibe..

Tuesday, August 4, 2026

Dah dapat keje dan keje, dan....

Alhamdullilah, akhirnya gua dah dapat keje, sebenarnya sebelum tu, gua ada gi 2 atau 3 interview sebelum, gua tak update pasal lepas interview 8 jun tu, gua balik, malam tu gua demam seminggu terus, tak sihat. memang terbaring je kat rumah cam orang tidak berguna.

Lepas tu boleh pulak kaki kena gout, hampir seminggu jugak, so dalam 2minggu gua mmg dalam keadaan kesakitan. Nak buat camne, tu sume kuasa tuhan. 

Tapi nak cite, 30 julai 2026 gua gi interview, petang tu terus gua dapat email, berjaya dapat keje. mmg terkejut juga, gua yg tua hina ni dapat keje semula. memang bersyukur dah dapat keje. cuma gaji mmg betul2 berbeza dari sebelum ni. Gua dapat keje mystep di putrajaya. Pada yang tau tu, tau la bape je untuk gaji mystep ni. So skang 3ogos2026 isnin gua dah start keje.

ChatGPT Image Aug 4, 2026, 01_18_54 PM.png

So ini tempat gua dapat, selama keje 1st time gua ada tempat khas sendiri camni. Siap dapat laptop lagi. Spec laptop mmg high performance punya, konfem boleh main game high setting, dgn i9 32gb 2tb, 4090. Gila punya tinggi spec. 

Ni tadi baru je staff sini dapat tukar lagi pc baru. Memang terbaik le spec pc tinggi2, takde komplen pasal slow pc n laptop.

Lokasi gua keje ni di Putrajaya, so boleh tahan jugak perjalanan kalau naik kete, dalam 30/40 minit. gi keje naik kete xde masalah sangat, cepat je sampai. Billa balik keje tu yg penat, jem sampai ke sudah.hahahha

Plan gua mmg nak bawak kete dulu, nak kenal jalan pergi dan balik, kalau dah ok, nak bawak motor je, tu le plannye. Tapi tgkle camne, bawak kete ni bestnya mmg rasa rilex, ada aircond, dengar lagu. Tapi tak bestnye adalah jem. Naik motor ni bestnye cepat sana sini jimat minyak, tak perlu tol. Tapi panas hujan tu yg tak best. 

Apa2 pun mmg bersyukur sangat, dapat kerja semula, mystep pun okla, dari langsung nganga kat rumah, rasa cam tak berguna. 7bulan menganga, dari jan ke julai. tak ke gile tu. interview sana sini, sampai demam. dapat nye tidak.

skang ni gua gi makan pun sorang je, staff sini pun ramai perempuan. so untuk skang ni sumenye sorang, gua dah tak kisah dah nak sorang ke ape. lantak, yg penting rehat gua kenyang leh makan kat cafe. mudah sume ada kat sini, xyah keluar.

ni update pun time rehat kat ofis. sementara rilex2. guahhahahahhhahahahahha!!! ok bye!

Monday, June 8, 2026

Temuduga lagi..

Gi temuduga..8jun2026..ofis tu kawasan kg baru.tempat dah lama gua tak gi. Dulu hari2 lalu.pasal keje area situ. Bila pergi semula area situ. Tibe teringat zaman keje area situ dulu.

Interview pukul 12pm.gua sampai dalam 11.15am. Konon nak cepat. Sekali kene tunggu lama jugak. Bila dah interview. Ambik masa dalam 15minit.

Kalini gua bawak moto je,memandangkan tempat ni susah cari parking utk kete.satu lagi area sini boleh kata gua agak biasa jugak. So xserabut sangat.

Gambo ni gua duk kat kerusi tunggu nak interview. Boleh nampak helmet arc putih n beg hitam kat situ.

Interview sana sini,,keje bile entah nak dapat.aiseh.

Uploaded Image

Saturday, June 6, 2026

Raya haji dan temuduga lagi

Raya haji..gua balik rumah akak gua je..sume family pun gi sana..akak gua buat nasi ayam dgn laksa..ni le gambarnya..xde ape nak cite sangat. Bile xbekerja camni xde ape nak gembira.xde best langsung rasa hidup ni. Bosan duit tak masuk.nak beli barang kat shopee pun susah.pui.

Dan khamis 4jun2026..gua ada interview lagi tapi kalini online je guna teams. Patut start 2.45pm. Tapi time gua masuk room tu dlm 2.20pm camtu. Terus dia buat interview. Dalam 15minit camtu. Setel dah.

Jadi tu je nak update. Hidup spt org tak berguna. Masih lagi hati terluka. Harap2 dapatla keje. Doa2 kan la ye. Sesape yang membaca ni. Terima kasih.


Uploaded Image

Wednesday, May 20, 2026

Temuduga lagi..

Rabu 20mei2026 Shah Alam, gua gi lagi interview. Tempat ni besa. Staff boleh tahan ramai. 

Interview dah set 12pm, tapi gua datang awal, so leh setel awal la.
 
Jawatan it first time company ni wujudkan. Harap ada harapan di situ. Yang datang pun gua sorang je.

Habis interview, terus gerak balik, xde rasa nak pusing2. pasal xde mood langsung. So cam biasa, gerak balik, singgah kedai makan, bungkus makanan. Balik rumah, sambung main game..tibe.

Ada gambar sikit. Tempat taknak bagitau. Tapi company ni ada dewan orang kawin.

Uploaded Image

Tuesday, May 12, 2026

Temuduga lagi

12may2026, 9.30am. Dapat panggilan temuduga utk mystep pulak di kpdn. Berpuluh2 kali apply barulah dapat panggilan interview. Di putrajaya. Cam biasa parking kete susah nak dapat. Last2 dapat cari jugak.

Hampir 20 orang hadir utk interview. Sume muda, gua je sorang tua hanat. Cam biasa tunggu jela apa keputusannya.

Cam biasa habis interview, balik rumah singgah kedai,bungkus makanan. Lepak rumah, main game. So ini ada gambar tgh menunggu nak masuk interview. 4 orang sekali masuk untuk interview. Penat buat benda sama dah ni,bila nak dapat kerja.aiya


Uploaded Image

Thursday, April 23, 2026

Pergi interview 23APRIL2026

So masih lagi di fasa cari kerja, time gua kat kampung, dan ketika itu gua kat pasaraya beli barang dapur bersama mak bapak, tetibe dapat wasup dari company yang gua kerja dulu, suruh datang interview. Gua tanya online atau kena depan2. Dia kata jumpa depan2.

So esoknya gua balik selangor semula, dan harini gua gi interview jam 11.30am. Terus laju2 gi ofis tempat interview. Nampak berat jugak jawatan yg gua nak try masuk ni. Apa2 pun harap ada rezeki bekerja semula kat company yang memang bagus ni. 

Harap ada sinar harapan. Otak masih serabut, dari januari tak kerja, skang dah masuk april, sapa tak gila, bertahun2 kerja, tibe2 terus takde kerja, terus duit xmasuk langsung. Kalau otak dah tak betul, mmg leh gila la ni.

Doa2 la gua dapat terpilih untuk kerja di sini. Walaupun jauh dari rumah, 1jam jugak la naik kete. Gua akan cuba sehabis baik kalau dapat kerja kat sini.

So ini gambar kat parking tempat gua interview tu, harap2 dapat la kerja la ye. So balik rumah sambung tido semula. TIBE!.

ChatGPT Image Apr 23, 2026, 02_32_34 PM.png

Friday, April 3, 2026

Tidak berjaya….

Tidak berjaya. Itulah yang gua terima wasup dari tempat yg gua interview. Jawapan yang gua tak nak tengok. Tapi nak buat camne. 

Tak tau nak buat apa. Kalau nak cite, banyak benda yang sakit hati berlaku, dari start gua habis kontrak sampai la ke sudah. Walaupun tak mengejutkan, orang putih cakap, as expected. Tapi cukupla tu.

Doakan gua dapat keje. Supaya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Apa2 pun gambo makanan ni, gua beli selepas interview haritu dgn kawan2 yg gi interview juga. So sebagai kenangan gua letak sini, utk tatapan kesedihan bersempena tidak terpilih bekerja semula di tempat yang mmg gua suka.


Sunday, March 29, 2026

Aidilfitri

Dah masuk raya puasa dah. Masih lagi tak keje. Dah interview, harapnya dapat keje. Boleh keje cam biasa dan dapat gaji.

Pengalaman dah 18tahun dalam industri ni. Tapi bila terkena camni. Raya xde rasa bermakna apa pun. Takde mood langsung nak raya. Kalau boleh nak tido je masa 1 syawal.

Anyway tahun ni tema hitam untuk baju melayu. Nak taknak beli jugala. Kata semua family nak sama warna.

Wednesday, March 18, 2026

Pergi interview

Hari isnin 16mac2026, gua gi interview untuk jawatan yang sama. Pukul 1pm. Tapi gua gi awal,so setel awal. 

So kawan2 gua yang senasib pun dapat interview hari yang sama. Tengah hari, panas pulak, tekak kering puasa2 ni.

Malas nak cite banyak, kejap lagi nak gerak balik kampung. Minggu ni dah nak raya. Doa2kan supaya dapat kerja semula. Takde mood nak raya tahun ni. Rasa nak tido je.pui.

Sunday, February 8, 2026

Duduk rumah lepas takde kerja

Lepas gua xdapat tawaran kerja, gua duk rumah je. Nak buat camne, gitulah hidup sekarang ni. Dah tua tak dapat tawaran kerja, bila cari kerja yang  biasa2, katanya umur dah terlebih, maklumla gua dah tua. 

Bila ada peluang kerja, kerja yang ada buat kerja berat, kena angkat kotak besar2 yang berat. Kaki gua ni dah ada masalah, pasal gua pernah accident dulu. So effect kaki bermasalah tu sampai la ke sudah. Jadinya memang tak boleh gua nak kerja yang berat2. 

Gua memang kene memilih kalau pasal kerja ni. Nak buat camne, itulah dia bile dah tua, dan ada masalah sakit kaki. Tapi perkeso ada buat bantuan, untuk orang yang macam gua ni, orang yang tak dapat sambung kontrak. so gua masuk sini. https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login

So permohonan pun dah lulus, ada la dapat duit bulanan sampai 6 bulan. Sementara gua nak tunggu apply semula tempat yang gua kerja dulu. Sapa yang baca blog gua ni, doa2 la gua dapat kerja semula seperti biasa. Susah kalau dah tua, ada bebanan macam2 perlu bayar. Tapi tibe2 xde kerja.

So dalam gambar bawah ni, gua ada beli kerusi memancing tu, dalam 30lebih je  kat shopee. Orang kata kerusi healing, puii. Geli gua dengar siak. Bolehla gua lepak depan tv tengok cite ape patut. Sambil online laptop mana tau boleh cari kerja ke ape kan. Sambil2 tengok tiktok(tibe). Cam kejadah jugak gambar ni, cam orang xde pedoman, nampak sepah. Guahahahhaha.

Ni pun dah nak puasa. Nak balik kampung dalam 2 minggu la kot, itu plannye. Lepas tu gua balik sini semula camtu. Takleh duk kampung lama2 jugak, gua rasa serabut(pasal tak keje), gua nak duk rilex tanpa gangguan. 

Oklah tu je coretan untuk kali ini.